Pengenalan Masyhur
Pengenalan.
Keropok Lekor Masyhur bukan satu Jenama asing di Negeri Sabah, amat terkenal dengan keenakan Keropok Lekor yang padat dengan rasa ikan.
Ditubuhkan pada 6 Jun 2009 bertempat di Kota Kinabalu Sabah.
Bermulanya dengan pemprosesan hanya dirumah, kini pemilik telah berjaya memiliki Restoran yang hanya menjual Keropok Lekor. Ini membuatkan Jenama ini lebih dikenali ramai. Terdapat juga menu terkenal Masyhur iaitu Big Lekor Masyhur, Lekor Pop Mayo, Lekor Crunch dan Lekor Stick yang menarik minat Penggemar Lekor.
Dengan memiliki keunikan perniagaan, Pemilik juga telah memfrancaiskan perniagaannya dengan cara Kiosk Rakan Niaga dan kini memiliki 84 rangkaian kiosk.
Mungkin juga ada yang tertanda tanya siapakah Pemilik Jenama inikan?
Pemilik merupakan Anak Jati Sabah yang berasal dari Kudat iaitu Encik Azly B. Abdul Said yang Kini berusia 35 tahun yang asalnya Kakitangan Kerajaan. Atas dasar minat kepada Perniagaan, beliau sanggup berhenti perkhidmatan untuk memberi tumpuan sepenuhnya terhadap bidang perniagaan bersama-sama isterinya iaitu Puan Sharifah Nurrul Izza Bt Syed Ahmad yang turut menamatkan Perkhidmatan lebih awal.
Comments
Post a Comment